Tuesday, April 19, 2011

BAJU KUCING

Banyak rekaan-rekaan baju kucing di pasaran.  Berbagai-bagai warna yang menarik.  Selalunya apabila ada pertandingan kucing kita dapat lihat berbagai ragam kucing dengan baju masing2.  Saya dapati masih ada lagi rekaan-rekaan baju kucing yang boleh di tampilkan.  Seperti yang berada di pasaran sekarang rekaan-rekaan seakan-akan nampak sama saja.  Saya mengesyorkan sesiapa yang ahli dalam mencipta baju kucing boleh lah tampil dan memperagakan hasil rekaannya.


Kita juga boleh pakai kan stokin yang di ikat di kaki kucing untuk menampakkan kelainan.  Pasti comel.  Kita kena kan topi sekali.  Untuk yang betina boleh lah kita guna kan topi yang beropol-ropol.  


Akhir sekali saya nampak sesuatu yang berkaitan dengan baju kucing memang ada potensi untuk di jadi kan satu perniagaan.  Untuk sesiapa di luar sana yang ada minat yang mendalam dalam perkara ini maka ambillah satu tindakkan untuk membolehkan satu yang luarbiasa tentang rekaan baju kucing di ketengahkan.

Saturday, April 16, 2011

ANEHNYA PERANGAI KUCING.

Kadang-kadang kucing seakan faham jika kita berada dalam kesusahan.  Dia pun akan duduk di sisi kita dan menunjukkan mukanya yang sedih.  Dan jika dia duduk mengadap pintu rumah kita sambil membersihkan mukanya itu maka ada kemungkinan tetamu akan datang ke rumah kita.  Namun adakalanya hanya kebetulan.


Satu yang bagusnya apabila kita membela kucing di rumah kita adalah jika ada ular maka kucing lah yang dulu dapat menghidunya.  Kucing mampu berlawan dengan ular.  Tapi kita kena lah juga perhati kan ular dari jenis apa.  Jika nampak akan membahayakan kucing kita, ada baiknya kita bantu mengusir ular itu.  


Kucing haiwan yang sangat manja.  Selalu mahu kan kita mengusapnya dan membelainya.  Walau kucing jiran sekali pun jika kita manja kan dia maka ada kemungkinan dia akan terus tinggal dengan kita walau pun rumah tuan nya dekat.  Kerana dia tahu siapa yang lebih menyayangi nya.



Thursday, April 14, 2011

KUCING SAYANG KAN ANAK NYA SEPERTI MANUSIA.

Jika baru beranak, kita jangan-jangan lah cuba nak ganggu baby dia.  Nanti dia akan bawa baby dia ke tempat lain.  Berpindah-pindah la pulak.
Hari petama dia macam tak mahu berpisah dgn baby dia.  Sampaikan dia sendiri lupa nak makan namun kita kena sedia kan susu agar dapat mengembalikan susu dalam badannya untuk baby menyusu.  


Kita boleh jugak sedia kan kotak yang selesa untuk dia sembunyikan baby.  Dan kita kena perhatikan kucing jantan di luar sana yang ada kala suka mengintai baby untuk dimakan.  Walau pun ibu memang menjaga namun kadang kucing jantan pun pandai juga ambil kesempatan.  Biasanya kucing jantan hanya makan baby jantan.  


Selepas beberapa hari baby pun dah buka mata, kita boleh ajar baby makan makanan baby yang lembut yang ada dijual di pasaran.  Supaya ibu akan betambah sihat sesudah baby kurang bergantung pada susu ibu.  Kita juga boleh sediakan susu tepung untuk baby.  


Boleh mula memanggil nama khusus untuk baby supaya baby mesra dan tahu itu lah nama panggilanya.  Semasa umur baby sebulan dua bulan, masa ini lah kita seronok melihat keletah baby. Berlari kesana sini dan manja dan juga bergurau dengan yang lain.  Jika kita mahu baby kencing berak di luar rumah, masa ini lah yang sesuai untuk ajar di mana tempat yang sesuai atau kita boleh beli tempat untuk nya.  


Jika kita mahu baby buang dalam tandas, kita juga boleh ajar baby sedari awal kerana kali petama baby buang di situ maka dia akan mencari tempat itu saja untuk buang.


Sedikit lagi untuk tempat baby semasa baru lahir tadi.  Kita sediakan juga kain untuk alas baby dari sejuk.  Kalau boleh letakkan di tempat yang agak terselindung sedikit.

Wednesday, April 13, 2011

BILA KUCING DEMAM

Mata berair, hidung berair dan badan panas.  Sudah mula demam lah tu.  Kesian kan kalau kucing demam.  Batuk dan perutnya kembung.  Hanya tidur saja dan nak bangun pun malas dan lambat.  Tindakan pertama kita lapkan badannye dengan tuala lembab sebelum bawa ke klinik haiwan.  Beri air banyak-banyak.  Kalau dia tak mahu minum kita juga boleh pujuk dia untuk minum.


Usap badannya supaya dia tahu kita sayangkan dia dan dia akan dapat semangat yang lebih kuat dari kasih sayang kita.  Bercakap dengannya supaya dia tahu dia tidak bersendirian semasa dia dalam kesakitan.


Kadang-kadang bila dalam keadaan macam ini kita akan rasa serba salah.  Kita tak tahu apa yang dia mahu.  Jika anak kecil kita dapat agak jika dia nak makan sesuatu.  Walau bagaimana pun kita boleh lah lakukan sesuatu supaya suhu badannya turun semula.  Yang lebih elok kita bawa ke klinik haiwan secepat mungkin.  


Kadang pemakanan juga boleh membuatkan kucing panas badan.  
Tunggu esok untuk cerita yang lebih menarik.

Monday, April 11, 2011

NAMA-NAMA KUCING



Untuk kucing jantan: Yaqroo, Dagang, Bulat, Bokbok, Blue, Obbes, Tom, Glen dan banyak lagi.  Untuk kucing betina pula:  Muni, Uteh, Olen, Queen, Pinkky dan ada lagi yang lain-lainnya.  


Kita boleh juga buatkan satu Surat Beranak untuk kucing kita.  Dalamnya kita masukkan tarikh lahir, masa, baka dan letakkan nama ibunya.  Juga kita harus adakan satu surat lapuran kesihatannya.  Juga masukkan bila kita berikan suntikkan dan minum ubat cacing.  Ini penting untuk rekod bagi seekur kucing.


Apa pun kita harus lah menjaga kebajikkan kucing kita.  Ibarat anak kita yang perlukan kasih sayan dan penjagaan rapi.  Jangan sesekali kita mengabaikannya.   

Sunday, April 10, 2011

KESIHATAN KUCING PERLU DI JAGA



Rata-rata kucing umpama manusia.  Makan minum perlu di jaga dan bersih.  Air minuman bersih.  Makanan mengikut diet yang betul.  Ada juga spesis kucing yang makan sayur.  Dan ada yang makan mentimun.  Tidak mustahil.  Ada sejenis susu khas untuk kucing dan anak kucing.  Jika kita mahu kan kucing cantik dan bulu yang bersinar maka pemakanan juga perlu di jaga.


Setiap kucing ada mengalami gangguan cacing.  Kerana itu kita perlu beri suntikkan atau minum ubat cacing mengikut tahap-yahap tertentu.  Juga mengikut umur.  Kucing juga perlukan vitamin yang cukup.  Dan jangan lupa mandikan kucing dan bersyampu.  cari lah sikat yang sesuai mebikut bulu kucing tersebut.


Bila kucing kita sihat dan cergas kita pun suka melihatnya.
Akhir sekali saya suka kongsi ayat ini bersama-sama: kucing kenal samada kita sayang dia atau pun tidak.  

ADAKAH ANDA SAYANG KUCING?



Kucing adalah binatang kesayangan.  Ada sesetengah orang tidak suka dan geli bila tersentuh dengan kucing.  Namun kucing satu-satunye binatang yang sangat manja.  Sekarang ramai yang menjadikan kucing sebagai satu perniagaan.  Membeli baka-baka kucing yang baik dan di kacukkan dengan baka yang lain maka anak kucing itu nanti akan kelihatan tambah comel dan lain dari yang lain.

Kalau kita singgah ke kedai binatang yang bercambah di sekitar bandar maka kita akan temui banyak barang-barang keperluan kucing yang dijual.  Baju, mainan, tempat rehat, botol susu dan macam-macam lagi.  Sama seperti keperluan bayi kecil ada nya.

Harga barang keperluan kucing pun bukan murah-murah.  Penggemar kucing tidak akan lepas peluang menunggu keluaran baru barang-barang kucing.  Rantai leher yang beranika gaya.  Yang pasti kucing-kucing yang di jaga rapi akan selesa dan akan hidup sihat sempurna.

Kita berhenti di sini dulu dan kita sambung pada keesokkan hari pula.