Thursday, July 28, 2011

NYENYAK TIDUR 'ZZZZZZ'



Semua nyenyak tidur. Mmmmm manja nye. 

PANDAI NYE












BABY OREN DAH BUKA MATA









Ye ni baby oren. comel kan? geram lah semua dah buka mata. sekarang ni saya sentiasa pantau baby2 ni suma tiap hari. tengok keadaan dorang takot terkena sakit mata or cirit birit. tapi suma belum kencing or berak lag. so masih selamat. nnt bila dah pandai suma tu kena dok kat luar umah la. untuk mama aini...ni baby oren untuk tatapan mama.

Monday, July 25, 2011

KOKO DAH BERANAK

Koko dah berank dah kat umah tuan dia. So sejak dia ade baby ni dia jarang datang sini, kadang terasa rindu kat koko.  Agaknye koko sebok dgn baby dia n susah nak tinggalkan baby tu. Oren pun sama jugak. Asyik terperap je dlm umah. Suma tengah berpantang tu. Nnt baby dua2 tu dah besar so jadi 8 eko suma baby...campor oren n koko dah jadi 10 eko...ayoyo...ramai lah nnt kat umah saya.

Wednesday, July 20, 2011

BABY SI OREN

Alhamdulillah, baby si oren suma 4 eko. comel2 suma. nnt dah besar jenoh lah saya nak jaga. ni dok cari jalan mcm mn nak buat. samada nak suruh tuan dia mai ambik balik or mcm mn. cadang nak antar ke tadika je kat market ikan or kedai makan. tapi kesian pulak. pikir...pikir...

Monday, July 18, 2011

SI OREN DAH BERANAK DI RUMAH SAYA 18 JULAI 2011

KOKO DI MANA2

Koko akan tido di mana2 aje yang dia nak. Tak kira dlm raga motor sekali pun. Dalam sehari dua ni Koko dah jarang datang umah saya. Koko dah beranak di umah tuan nye. Rasa nye dapat 3 eko baby kot. Nanti bila baby dia dah boleh jalan sana sini tentu Koko akan bawak baby dia sekali datang umah saya. Mmmm nnt jenoh lah saya nak jaga baby dia lagi. Baby kan kalau kecik2 ni tak pandai sgt bab2 nak berak kencing ni. Harap tuan dia akan faham dan mampu buat sesuatu supaya Koko tak usung baby dia ke sini.


Walau saya sayang kan Koko tapi saya tak cadang nak ada banyak kucing dlm umah saya. Takat datang makan2 dan pegi tu saya ok lagi. Kalau datang n lepak terus tu saya tak minat lah. Saya pun mcm nak cakap je kat tuan dia supaya jgn kasi Koko bawak baby dia datang sini tapi tak sampai hati pulak...Mama Nor...ada cadangan tak?

Wednesday, July 13, 2011

LUKA OREN DAH SEMBUH

Ingat tak dulu saya ade post di sini Oren sakit kat bawah leher, so hari ni luka tu dah sembuh. Oren kembali ceria dan mula garang2 dgn Koko. Semalam Oren tunggu Koko kat depan pintu umah sampai Koko takot nak masuk dlm umah. Ada sekali tu Koko naik tingkat atas, oren tunggu kat tangga...so Koko takot nak turun bawah...hanya dok je tengok ke bawah. Sian Koko...

Monday, July 11, 2011

KOKO N OREN DAH BEBAIK?

Koko dan Oren dah boleh sikit2 dok dekat2. Tapi kalau bertentang mata nak begadoh jugak. Si Oren siap kembang2 ekor lagi. Dah lama berkongsi makanan pun masih tak sebulu. Hish...masing2 nak tunjuk belang. Tapi yang dok nampak Si Oren lah yang garang lebih. Si Koko mmg nak bebaik je. Kadang sian gak kat Si Koko, terhendap2 je bila nak masuk dalam umah. Dok perati takot Si Oren ada dlam umah. Jalan pun slow2 je. Oren Oren...sampai hati ye...kira nak gadoh je dgn Koko. Isk...isk...isk.