Wednesday, December 21, 2011

OREN BERANAK LAGI...

Hish oren nih kerap benar beranak nih. Kali nih pun 4 eko jugak. Dulu pun 4 eko gak tapi 3 dah mati tinggal sekor je. So la nih beranak lagi 4 ekor...



Wednesday, December 14, 2011

SEDIH 'YAUOK' DAH MATI

Baru je update kisah 'yauok' tengok movie kl gangter kat pc aritu dah baru2 ni dia mati.













'yauok' termakan rumput beracun rasanye n saya tak sempat bawak ke klinik, dia pegi dulu. nak buat mcm mana...

Saturday, November 26, 2011

MY HENSEM N...

Ni my hensem boy dgn kucing kesayangan dia ...dari kecik sampai besaq mmg tak lekang dgn kucing.










Ayoyoyo...
Tapi apa boleh buat dah memang suka kucing kan...

"YAUOK' PANDAI NONTON MOVIE.



Fuyooo KL Gangter tu...yauok ni anak kucing webmaster FxMega Resources... pandai dan bijak mcm tuan nye jugak la. Siap tengok movie lagi. Fuh movie ganas tu.










Lepas tengok movie ingat ke nak keluar pi lawan dgn musuh ke...tapi...tido la pulak. Gangter taik minyak rupa nye.

Thursday, November 10, 2011

KOKO DAN OREN

Koko bunting lagi. Sekarang koko garang dan oren pulak takut kat koko. Dulu koko yang takot kat oren. Dan terbalik pulak sekarang nih.










Nah koko. Perut besar dah tu. Sekarang dok cari tempat yg selesa nak buat wad beranak. Dok intai2 dalam almari lah n bawah katil. Tah bape eko baby dia nnt.










Tengok koko n oren dok jauh2. Kalau koko tido kat situ oren pun dok jauh2 je. Kadang lucu jugak tengok gelagat dua2 tu. Masing2 rasa tak puas hati je...

Friday, October 28, 2011

Wah lama betul kita tak jumpa ye...lama betul saya tak update sesuatu di sini. Meh kita tengok anak kucing sapa tah yang mai menumpang di umah saya. Di sebab kan koko dah kehilangan anak dia. So koko pun ambik semua anak kucing ni jadi anak angkat dia dan siap kasi isap susu dia lagi. Semua anak kucing ni 5 ekor. Tapi sekarang tinggal dua je.










Tengok tu koko tak kisah anak2 kucing tu menyusu. Dia langsung tak marah. Walau bukan anak2 dia. Tu lah kasih nye ibu. Tapi sekarang anak2 kucing tu suma tinggal dua ekor je. 














Manja nye anak kucing ni dgn koko. Saya amat bangga dgn koko. Ibu yang prihatin. Ibu yang amat penyayang. Sbb tu saya tak kisah bila terpaksa beli makanan dan jaga tempat tidor semua kucing2 tu. Malam2 kadang saya akan spray dulu ubat nyamok sebelum bentang kan kain untuk koko dan anak2 ni tidor. Sbb saya tak boleh kasi masuk dalam umah...oren ade...nnt bergadoh koko n oren tu. 








Tu dia koko n oren memang tak boleh duduk dekat. nampak tu. Koko dah nak lari bila kita letak dekat2. Oren tu garang betul. 
Tapi terhibur jugak la bila kita tengok gelagat kucing2 ni. Ok nnt kita jumpa lagi ye...bye...

Sunday, September 18, 2011

KISAH KOKO DAN OREN

Lama betul saya tidak post sesuatu di sini. Terlalu sibok dengan pelbagai tugas. Hari ni saya terpanggil untuk melakarkan sikit citer pasal koko dan oren. Anak2 koko dah tak ade semua nya. Ade orang mai ambik kat umah saya. Anak2 oren pulak dah balik semula ke umah tuan nya. Tapi koko dan oren masih mai sini untuk makan dan lepak2 mcm biasa. Dan keadaan koko dan juga oren masih bermusuhan seperti dulu jugak. Pantang bertentang mata pasti begaduh dan bising. 





Ni je kenangan anak2 koko semasa masih dok di sini. Lepas pic ni di ambil, anak2 koko kerja kan penyapu lidi tu sampai habis terburai. Jenoh la saya himpun balik dan ikat balik. La ni sekor pun dah tak de anak dia. Tapi ade lagi sekor kucing yang mai menumpang. Ni pic dia...







Kucing ni pun betina. tapi kaki dia sakit. Jalan pun senget2 sikit. Kesian la kat dia. So la ni dia mmg dok sini n makan p[un kat sini. Kaler bulu dia cantik tapi bab betina tu yang tak bape syok.
Nanti beranak pulak. Ok sampai takat ni dulu. Saya undur diri. Ada masa kita jumpa lagi. Bye2.
 

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA 2011

Hari Raya pun saya tetap tak lupa pada oren...tengok tu...








Pada mulanya saya mmg nak beli baju untuk oren, tapi tah saya sebok sgt sampai tak sempat pegi 
cari baju dia. Bila tiba hari raya baru teringat. Mmmm saya ingat nak beli kasut dan stokin dia 
sekali. Tak de rezeki oren lah kali ni tapi tak pe raya haji boleh kot.

Monday, August 22, 2011

BABY KOKO DAH BESAR.




So cute. Baby koko dah besar2. Hanya sekor je yang ikut bapak nya. lagi 3 ekor ikut koko. Dah besar2. Koko beranak di rumah tuan nya. Dah besar ni tuan nya baru je letak kat luar. Sebelum ni dok dalam rumah je. Sekarang koko masih lagi datang ke rumah saya tapi oren memang tak kasi peluang. Oren kejar sampai koko takot gila. Belum sempat koko jamah makanan, oren dah siap kejar.  






Tengok tu koko punya lah sayang anak dia, walau pun dia nampak macam tak selesa dok dalam sangkar kecik tu, tapi dia tahan jugak demi anak2 dia. Saya berharap tuan dia akan sedia kan sangkar yang lebih besar sbb nampak macam koko tak selesa sangat.

Sunday, August 21, 2011

BABY SI OREN DAH DIBAWA BALIK KE RUMAH TUANNYA







Lama saya tidak update blig ni. agak sebok lately ni. sabtu 20hb Ogos 2011 tuan asal oren dah datang rumsh saya dan ambil semua anak2 oren. saya yang suruh sbb anak2 oren dah besar2 dah dapah makan pun. so takot dia berak kat rumah saya sana sini, saya pun suruh tuan nya datang ambil. so sekarang walau pun anaknya dah tak de kat rumah saya, tapi oren masih datang sini bila nak makan or tidur.


Tengok tu baby oren tidur sampai ternganga. letih agaknye. la ni dah setel satu masalah.

Thursday, July 28, 2011

NYENYAK TIDUR 'ZZZZZZ'



Semua nyenyak tidur. Mmmmm manja nye. 

PANDAI NYE












BABY OREN DAH BUKA MATA









Ye ni baby oren. comel kan? geram lah semua dah buka mata. sekarang ni saya sentiasa pantau baby2 ni suma tiap hari. tengok keadaan dorang takot terkena sakit mata or cirit birit. tapi suma belum kencing or berak lag. so masih selamat. nnt bila dah pandai suma tu kena dok kat luar umah la. untuk mama aini...ni baby oren untuk tatapan mama.

Monday, July 25, 2011

KOKO DAH BERANAK

Koko dah berank dah kat umah tuan dia. So sejak dia ade baby ni dia jarang datang sini, kadang terasa rindu kat koko.  Agaknye koko sebok dgn baby dia n susah nak tinggalkan baby tu. Oren pun sama jugak. Asyik terperap je dlm umah. Suma tengah berpantang tu. Nnt baby dua2 tu dah besar so jadi 8 eko suma baby...campor oren n koko dah jadi 10 eko...ayoyo...ramai lah nnt kat umah saya.

Wednesday, July 20, 2011

BABY SI OREN

Alhamdulillah, baby si oren suma 4 eko. comel2 suma. nnt dah besar jenoh lah saya nak jaga. ni dok cari jalan mcm mn nak buat. samada nak suruh tuan dia mai ambik balik or mcm mn. cadang nak antar ke tadika je kat market ikan or kedai makan. tapi kesian pulak. pikir...pikir...

Monday, July 18, 2011

SI OREN DAH BERANAK DI RUMAH SAYA 18 JULAI 2011

KOKO DI MANA2

Koko akan tido di mana2 aje yang dia nak. Tak kira dlm raga motor sekali pun. Dalam sehari dua ni Koko dah jarang datang umah saya. Koko dah beranak di umah tuan nye. Rasa nye dapat 3 eko baby kot. Nanti bila baby dia dah boleh jalan sana sini tentu Koko akan bawak baby dia sekali datang umah saya. Mmmm nnt jenoh lah saya nak jaga baby dia lagi. Baby kan kalau kecik2 ni tak pandai sgt bab2 nak berak kencing ni. Harap tuan dia akan faham dan mampu buat sesuatu supaya Koko tak usung baby dia ke sini.


Walau saya sayang kan Koko tapi saya tak cadang nak ada banyak kucing dlm umah saya. Takat datang makan2 dan pegi tu saya ok lagi. Kalau datang n lepak terus tu saya tak minat lah. Saya pun mcm nak cakap je kat tuan dia supaya jgn kasi Koko bawak baby dia datang sini tapi tak sampai hati pulak...Mama Nor...ada cadangan tak?

Wednesday, July 13, 2011

LUKA OREN DAH SEMBUH

Ingat tak dulu saya ade post di sini Oren sakit kat bawah leher, so hari ni luka tu dah sembuh. Oren kembali ceria dan mula garang2 dgn Koko. Semalam Oren tunggu Koko kat depan pintu umah sampai Koko takot nak masuk dlm umah. Ada sekali tu Koko naik tingkat atas, oren tunggu kat tangga...so Koko takot nak turun bawah...hanya dok je tengok ke bawah. Sian Koko...

Monday, July 11, 2011

KOKO N OREN DAH BEBAIK?

Koko dan Oren dah boleh sikit2 dok dekat2. Tapi kalau bertentang mata nak begadoh jugak. Si Oren siap kembang2 ekor lagi. Dah lama berkongsi makanan pun masih tak sebulu. Hish...masing2 nak tunjuk belang. Tapi yang dok nampak Si Oren lah yang garang lebih. Si Koko mmg nak bebaik je. Kadang sian gak kat Si Koko, terhendap2 je bila nak masuk dalam umah. Dok perati takot Si Oren ada dlam umah. Jalan pun slow2 je. Oren Oren...sampai hati ye...kira nak gadoh je dgn Koko. Isk...isk...isk.

Sunday, June 26, 2011

KOKO...KOKO...

Alaihai Koko. Kaler dah la sama dgn langsir, tido pulak kat situ. Lucu betul lah perangai Si Koko ni. Tu mcm mana saya tak sayang kat dia. Walau bukan kucing saya namun perangai dia tu kadang menghiburkan hati jugak. 

Friday, June 24, 2011

ALAHAI SI KOKO

Dalam banyak2 tempat, kat sini jugak Koko nak tidur. Alahai Si Koko nih. Agaknye dia panas kot.  Tidur atas kabinet tu sejuk sikit kot. tengok lah tu, bukan dia kisah sgt ni rumah sapa. Bukan dia kisah sgt Si Oren nak marah ke tidak. Rasa nak tidur dia tidur je. Semalam Koko tak balik rumah dia, so tidur sini, dalam pukul 5 pagi saya dengar dia nak begadoh dgn Si Oren, bunyi bising je, saya pun cepat2 lah dukung Koko dan lepas kan kat luar rumah. Baru Oren diam. 

Thursday, June 23, 2011

KUCING JALANAN

Kelmarin pegi Pekan Parit Buntar dengan hubby sbb hubby nak potong kaki seluar kat taylor. So ternampak kucing kat tepi kedai tu. Kaler dia sama dgn lantai tu. Dia tengah tidur tapi terkejut bila saya dah dekat dgn dia. Cian dia. Dah makan ke belum tu.

Tuesday, June 21, 2011

LUKA OREN BELUM SEMBUH LAGI

Luka Oren tak sembuh lagi lah. Kemarin saya bagitau kat tuan Oren dan saya dukung Oren dan antar kat tuan dia suruh bubuh ubat sebab saya ni bab nak bubuh ubat kat luka ni agak seriau jugak ni. So tuan dia ambik dan sapu minyak gamat. Tapi lepas tu Oren datang balik ke rumah saya. Dan lepak sini macam biasa. Koko pun sama jugak, dah lepak sini macam rumah dia sendiri je. Moga Oren cepat semboh.

Monday, June 20, 2011

KESIAN SI OREN

Nilah luka di bawah leher Oren. Tak tahu kena apa. Mmg kesian lah kat Oren. Nak letak ubat pun tak sampai hati bile kadang2 dia lari sana sini bila sakit. Moga2 cepat semboh ya Oren.

Saturday, June 18, 2011

OREN LUKA KAT BAWAH LEHER.

Tah kena ape tah bawah leher Oren. Bengkak punya lah besar dan semalam bengkak tu dah pecah dan berlubang lah pulak kat situ. Cian Oren. Tak selesa dan nampak murung je. Yang Si Koko pulak selamba je dah tidur baring di sini. Dah macam uamh dia pulak. Tuan dia panggil pun dia balik kejap je. Pastu datang balik sini.

Wednesday, June 8, 2011

ANAK KUCING SAPA NI

Anak kucing sapa ni kat belakang rumah saya. Comel jugak ni. Tapi saya tak mau lah buat baik sangat takot sat gi dia mai sini tak mau balik macam Oren. Tapi saya ni bukan nya boleh sangat tengok kucing segak2 ni. Suka sangat. Tapi kali ni memang nekad dah tak mau la bagi dia melekat kat umah saya. Jenoh satgi kalau beranak pinak. Kalau jantan pulak satgi kencing merata2. Hish tak mau dah la. Tadi masa saya keluar buang sampah saya tengok Koko dok relax tido kat bawah akuarium kat depan umah. Huh tu sahih semalaman tak balik umah dia tu. Tido sini gamaknye. Mak ai, dalam Oren dok ligan dia tu, dia berani lagi mai sini dan lepak2 sehari semalam. Ni yang buat saya rasa tak bape syok ni.

Saturday, June 4, 2011

OREN BERGADUH DENGAN KOKO

Pagi ni masa saya nak keluar pegi jogging, Si Koko dah datang rumah saya. Nak mintak makanan lah tu, tah macam mana Si Oren kejar dia dan terus ke dapur dan terkena sangkar hamster. Sangkar hamster jadi senget dan baby hamster terkeluar dari sangkar. Apa lagi Koko pun lari keluar rumah tapi Oren lak dok nak makan baby hamster tu sampai terlupa kat Koko. Nasib saya nampak, cepat2 saya ambik baby hamster tu dan letak balik dalam sangkar. Fuh nnasib baik, kalau tidak mmg dah jadi hidangan dia lah tu.

Thursday, June 2, 2011

OREN KEMALANGAN

Beberapa hari Oren kemalangan. Ekor nya terkena minyak enjin keta, dan terpalit pulak kat badan dia. So panas agaknya sampai dia lari sana sini tak tentu arah. Saya pun lap bagi kering tapi masih dia rasa tak selesa, sehinggalah kena di mandi kan. Last2 baru nampak ok sikit.
Kesian lah kat oren. 

Monday, May 30, 2011

Semalam Oren muntah lagi mungkin sebab dia makan perut ikan. Rasanye dia jumpa perut ikan kat tong sampah jiran. Habis kena baju yang baru saya lipat. Nak marah pun dah kucing. So sabar aja. Pagi ni Oren buat muka kesian. Pandai lah tu nak mintak simpati. Yang seronoknya walau di rumah saya ada banyak hamster tapi Oren langsung tak tunjuk minat pada hamster tu. Tapi tak tau mungkin sbb saya ada. Semasa tiada org di rumah tak tau lah kot dia cuba nak gigit hamster tu. Harap2 tidak lah. 


Semakin hari kami semua di rumah ni rasa sayang pulak pada Oren. Tapi saya dok pikir2 jugak kalau Oren beranak. Susah jugak lah. Nanti jadi betambah sesak mana dgn hamster lagi. Sekarang bau pun dah macam kat zoo. 

Saturday, May 28, 2011

Khamis lepas Oren muntah kat hall. Banyak pulak muntah nya. Tah makan apa pun tak tau. Pas tu mula lah buat muka kesian takot kita marah dia. Mak ai. Rasa nak marah sungguh2. Tapi bila Oren tunjuk muka dua puluh sen maka rasa belas lah pulak. Biar kan lah. Dia tak sengaja tu. Nasib tak muntah atas katil. Hah tu baru haru.


Pagi tadi saya pegi jogging terjumpa sekor kucing kaler sama macam Oren. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Tak pe lah besok pagi2 saya pegi jogging lagi boleh intai2 kot ade lagi kucing tu. Saya nih kalau jumpa kucing memang tak terlepas pandang lah. Memang suka betul dgn kucing nih.

Thursday, May 26, 2011

Amboi manja nya Oren. Dengan pandangan mata yang sayu gitu. Macam mana hati kita tak sayang. Kalau nak marah pun tak jadi. Sekarang Oren dah pandai tidur dalam bilik bila malam. Sebelum ni tak pulak dia buat macam tu. Agaknya dia nak beranak kot. Ni kalau dah beranak memang sah lah saya kena pulang kan balik dia dan anak2 dia ke rumah tuan nya.  Pagi ni Oren suka sangat kejar saya bila saya berjalan. Lapar tahap gaban agaknya. Makanan dia pun dah habis malam tadi dan terlupa saya nak beli kan. Tak apa lah kejap lagi bagi je dia makan nasik dengan lauk ikan masin. Kalau dah lapar tu tentu dia makan jugak.

Sunday, May 22, 2011

GELAGAT KUCING YANG MENGHIBURKAN

Si Oren yang bijak.  Kadang kita terhibur jugak dgn gelagat kucing kita.  Bila kita kesunyian terasa bagaikan berteman bila ada kucing di rumah kita.  Bercakap dgn kucing seakan dia memahami dan kadang memjadi pedengar yang setia.  Manja dan keletahnye berlari ke sana sini dlm rumah kita.  Kalau kita sedih dia pun seakan memahami dan kadang merenung wajah kita penoh simpati.  Saya memang sayang kucing.  Si Oren ni kucing jiran saya yang datang kerumah saya setiap hari minta makanan dan sekarang lepak terus di rumah saya.


Pic kucing putih tampok hitam ni boyfren Oren ni.  Selalu datang ngorat Oren.  Nanti Oren dapat baby pulak lah tu.  Maka akan bertambah lah kucing kat rumah saya.  So sebelum ini berlaku.  Saya kena bertindak.  Sebab walau pun saya suka kucing tapi saya tak lah suka kalau banyak sgt kat rumah saya.