Monday, May 30, 2011

Semalam Oren muntah lagi mungkin sebab dia makan perut ikan. Rasanye dia jumpa perut ikan kat tong sampah jiran. Habis kena baju yang baru saya lipat. Nak marah pun dah kucing. So sabar aja. Pagi ni Oren buat muka kesian. Pandai lah tu nak mintak simpati. Yang seronoknya walau di rumah saya ada banyak hamster tapi Oren langsung tak tunjuk minat pada hamster tu. Tapi tak tau mungkin sbb saya ada. Semasa tiada org di rumah tak tau lah kot dia cuba nak gigit hamster tu. Harap2 tidak lah. 


Semakin hari kami semua di rumah ni rasa sayang pulak pada Oren. Tapi saya dok pikir2 jugak kalau Oren beranak. Susah jugak lah. Nanti jadi betambah sesak mana dgn hamster lagi. Sekarang bau pun dah macam kat zoo. 

No comments:

Post a Comment