Wednesday, April 13, 2011

BILA KUCING DEMAM

Mata berair, hidung berair dan badan panas.  Sudah mula demam lah tu.  Kesian kan kalau kucing demam.  Batuk dan perutnya kembung.  Hanya tidur saja dan nak bangun pun malas dan lambat.  Tindakan pertama kita lapkan badannye dengan tuala lembab sebelum bawa ke klinik haiwan.  Beri air banyak-banyak.  Kalau dia tak mahu minum kita juga boleh pujuk dia untuk minum.


Usap badannya supaya dia tahu kita sayangkan dia dan dia akan dapat semangat yang lebih kuat dari kasih sayang kita.  Bercakap dengannya supaya dia tahu dia tidak bersendirian semasa dia dalam kesakitan.


Kadang-kadang bila dalam keadaan macam ini kita akan rasa serba salah.  Kita tak tahu apa yang dia mahu.  Jika anak kecil kita dapat agak jika dia nak makan sesuatu.  Walau bagaimana pun kita boleh lah lakukan sesuatu supaya suhu badannya turun semula.  Yang lebih elok kita bawa ke klinik haiwan secepat mungkin.  


Kadang pemakanan juga boleh membuatkan kucing panas badan.  
Tunggu esok untuk cerita yang lebih menarik.

No comments:

Post a Comment