Thursday, April 14, 2011

KUCING SAYANG KAN ANAK NYA SEPERTI MANUSIA.

Jika baru beranak, kita jangan-jangan lah cuba nak ganggu baby dia.  Nanti dia akan bawa baby dia ke tempat lain.  Berpindah-pindah la pulak.
Hari petama dia macam tak mahu berpisah dgn baby dia.  Sampaikan dia sendiri lupa nak makan namun kita kena sedia kan susu agar dapat mengembalikan susu dalam badannya untuk baby menyusu.  


Kita boleh jugak sedia kan kotak yang selesa untuk dia sembunyikan baby.  Dan kita kena perhatikan kucing jantan di luar sana yang ada kala suka mengintai baby untuk dimakan.  Walau pun ibu memang menjaga namun kadang kucing jantan pun pandai juga ambil kesempatan.  Biasanya kucing jantan hanya makan baby jantan.  


Selepas beberapa hari baby pun dah buka mata, kita boleh ajar baby makan makanan baby yang lembut yang ada dijual di pasaran.  Supaya ibu akan betambah sihat sesudah baby kurang bergantung pada susu ibu.  Kita juga boleh sediakan susu tepung untuk baby.  


Boleh mula memanggil nama khusus untuk baby supaya baby mesra dan tahu itu lah nama panggilanya.  Semasa umur baby sebulan dua bulan, masa ini lah kita seronok melihat keletah baby. Berlari kesana sini dan manja dan juga bergurau dengan yang lain.  Jika kita mahu baby kencing berak di luar rumah, masa ini lah yang sesuai untuk ajar di mana tempat yang sesuai atau kita boleh beli tempat untuk nya.  


Jika kita mahu baby buang dalam tandas, kita juga boleh ajar baby sedari awal kerana kali petama baby buang di situ maka dia akan mencari tempat itu saja untuk buang.


Sedikit lagi untuk tempat baby semasa baru lahir tadi.  Kita sediakan juga kain untuk alas baby dari sejuk.  Kalau boleh letakkan di tempat yang agak terselindung sedikit.

No comments:

Post a Comment